Saturday, August 28, 2010

Selamat malam, mimpi yang indah dan saya cinta awak.


Kadang kadang saya rasa itu macam satu pekerjaan. Tanpa gaji dan perlu terus terus di lakukan. Ucap.

Saya juga terfikir mahu bertukar hidup kepada seorang pemikir percuma. Pacu laluan hidup ke arah yang tanpa batas. Bebas. Atau jadi saja seorang pemakan sayur. Yang hidupnya sentiasa perlu memilih bila tiba waktu lapar. Terikat.

Thursday, August 26, 2010

Jangan boleh?


Dua tiga hari ini masa malam saya amat terisi dengan peribadi yang tiada dasar faedah. Kecuali Jumaat lepas. Itu pun berpijak atas keperluan; terpaksa dan dipaksa. Yang lain saya isikan dengan ke hulu hilir mengejar kepuasan pentas dunia. Unjuran yang sudah pasti tidak berapa condong ke sudut penganugerahan pahala.

Mereka kata manusia itu kalau masa hidupnya terlalu mengatasi masa lelapnya, maka akan pendek jangkaan usianya.

Jangan boleh? Saya ini, masih belum puas bermain.

Monday, August 23, 2010

Mamalia hati kaca.


Selalu, terang terangan saya persoalkan kenapa perlu sangat tidak berani pada binatang ini, gadis popcorn akan mula bercerita panjang. Dari kisah lagenda rumah makciknya hingga perihal kandang kucing tiga tingkat di rumah saya.

Satu yang pasti, akan ada jawapan ini.

'Ala, tapi I sayang you jugak'.

Langsung tidak berkait tapi cukup untuk buat saya tersenyum. Dasar kaca.

Sunday, August 22, 2010

Kunci hati.


Hari itu patung hijau bertukar tuan. Dan kura kura gergasi langsung mengambil takhta.

Syurga di antara dunia.

Friday, August 20, 2010

Belum puas.


Logik hari itu, mencari sesuatu yang terang bukan milik saya. Biar tujuh kali saya bertegas, ia tidak dalam sedar. Saya tidak perlu satu tiang tirus nampak seberang untuk terjun bunuh diri. Saya hanya mahu tali panjang untuk saya sulam jambatan rasa.

Logik hari itu, saya mahu panjat langit.

Thursday, August 19, 2010

Sangkar buat si merpati.


Bila ada suara yang perlu saya perlahankan, saya akan sedayanya cuba untuk gadis popcorn tidak langsung dengar. Semalam ada nota selamat yang saya yakin akan cipta ruang di antara. Saya lipat kemas dan saya sorok bawah rahang.

Hampir juga jatuh terhempas. Mujur sangat tidak berderai.

Tuesday, August 17, 2010

Alkoholik cinta serangga.


Bila waktu gadis popcorn beritahu, saya yang pertama diperlakukan sebegini dan sebegitu, hati saya bagai terus dilanda musim bunga. Dari ungu lavender ke ros merah, semuanya kembang mekar menikmati cahaya. Rama rama biru melintas mencari madu paling emas.

Terdetik juga pada satu sudut hati paling dasar. Itu mungkin cuma ungkapan manis yang perlu ada untuk orang bercinta. Yang pernah juga saya bicarakan pada gadis sebelumnya. Tapi kiraan majoriti condong untuk mempercaya.

Andai ini dusta sekalipun, biarlah. Kerna saya, mahu sangat menikmati saat ini.

Monday, August 16, 2010

Imajin saya sebuah pelangi tanpa warna.

Justify Full

Belumpun sepuluh minit bergerak dari dapur ke bilik tidur, idea yang tadinya tegas berkelipan di dasar minda, tanpa paksa, terus padam sinarnya. Membiar gejolak rasa mahu menulis kesepian tanpa teman.

Dan bila dua itu lebih baik dari satu, pengakhiran pasti bukan sesuatu yang di luar batas pemikiran. Mudah dijangka.

Halusinasi, siapa siapa?

Sunday, August 15, 2010

Hijau merah jambu.


Anggap saja begini. Kalau memilih pakaian ke majlis tari menari, saya lebih gilakan kasualiti dengan dia bertema santai. Katanya memang perlu lain lain. Baru nanti saling melengkapi.

Sangat sangat tidak mudah.

Friday, August 13, 2010

April.


April itu, saya hanya seekor burung yang terbangnya bebas ke mana. Terbang saya atas hati dan bernafas juga saya sendiri. Tiada tali mengikat. Tiada sangkar membatas.

Bukan provokasi. Saya cuma rindu April itu.

Thursday, August 12, 2010

Trankuiliti bergerak.


Paling saya tidak suka dalam bercinta bila ada ucapan bersulam ugutan. Memang tidak suka saya itu dilatari ego. Ego tebal seorang lelaki. Tapi ego itu kan bukan luar biasa. Luar biasa jika hanya nampak pada satu pihak.

Tapi maaf. Saya kenal internet dulu dari awak.

Wednesday, August 11, 2010

I fucked a devil.


Saya pernah impikan bangun awal pagi pada hujung minggu dengan seorang teman wanita berjersi bolasepak sedang sibuk menyediakan sarapan. Baju pasukan kegemaran saya. Baju saya. Labuh paras peha dan rambut bawa ke sisi leher.

Itu seksi bagi saya.

Tuesday, August 10, 2010

Kinder Bueno tengahari.


Mulai esok dan satu bulan seterusnya tiada lagi peluk peluk cium bila mahu pergi lain arah. Tiada juga sesi berpagi di taman sukan lasak dan gula gula getah berperisa. Bukan bergaduh tapi perlu berjauh.

Haram.

Padahal itu memang haram. Bukan bulan ini hanya.

Gadis popcorn II.


Melihatkan obsesi saya dan adik beradik pada kucing, Ibu ada sindir. 'Nasib la nanti kalau dapat bini yang tak suka kucing'.

Saya hanya senyum.

Dan kelmarin, bila saya hampir hampir tidak bertegur dengan gadis popcorn. Saya terus senyum.

Monday, August 09, 2010

Jumpa lagi enam jam nanti.


Pagi nanti jadual kelas saya dari jam lapan hingga empat petang. Hari yang paling tidak menarik untuk saya semester ini. Pasti memenatkan. Lagi pula ada teater yang masih belum saya hadiri dan tugasan yang belum saya habiskan.

Jadi saya perlu tidur secukupnya. Enam jam minimum untuk seorang dewasa. Selamat malam. Jumpa lagi.

Saturday, August 07, 2010

Andai rokok itu lelaki, pemetik api itu egonya.



Nasib baik saya bukan perokok.

Tidak relevan lagi. Sangat.


Bukan tidak cantik tapi memang saya paling tidak suka bila gadis popcorn tarik muka depan saya.

Friday, August 06, 2010

Saya gelar ini Hyper-hero.


Saya bukan pendengar yang setia. Selalu sesi luahan perasaan saya akan menjurus kepada tidak serius. Gelak tawa. Saya langsung tidak kisah berbahukan air mata. Cuma saya kurang gemar bila soal hidup saya mahu soal hidup orang lain dipersoal.

Bagi saya hidup ini indah hanya jika ...

Ah. Hilang kata-kata lagi. Sangat bukan saya.

Wednesday, August 04, 2010

Bukan zaman saya.


Saya hanya kenal Slash melalui fenomena 'sweet child of mine' dan 'hujan bulan november'. Lebih daripada itu hanya sebuah kumpulan projek sisi bergelar Velvet Revolver. Itupun lebih kepada obsesi saya terhadap Scott Weiland.

Jadi untuk saya berkata 'saya bukan peminat awak', saya rasa saya sangat berhak.

Sunday, August 01, 2010

Hari mencabar orientasi saya.


Semalam saya ke Putrajaya. Hulur tangan bebayar pada sepupu kawan.

Ada pertandingan larian malam keliling bandar. Ramai gadis gadis panas buat basahan mata saya. Yang berkaki runcing. Yang berbahu nipis. Yang bermuka Siti. Semua saya pandang bukan hanya sekali. Dan juga bukan dengan hati.

Saya terus jalan depan dan angkat kotak air.