Monday, December 20, 2010

Selamat malam sayang.




Dan kau tidak perlu berpakaian untuk menyenangkan aku. Berbogel mungkin. Kerna aku tahu, bila kau datang, kita akan terus tinggal.

Saturday, December 18, 2010

Menolak awan.


Dalam merindu, saya yang paling banyak diam. Gadis popcorn terus lali dengan teks-teks cinta.

Disember ini rahmat tuhan langsung tidak henti menghempas. Lesu dan gigil saya dalam peluk angin dua belas. Haba merah saya capai buat teman. Saya paku anak mata pada putar kipas.

Diam. Saya sedang hitung garis dosa dan pahala.

Thursday, December 16, 2010

Seven years old Lucifer.


Indah kan bila semua yang kau hajat gugur jatuh dari langit tanpa perlu satu kata pun kau lontar. Dari satu bias cahaya, enam jalur pelangi tersusun indah. Awan putih lalu singgah menutup matahari.

Itu bukan tragis, sayang. Itu magis. Fiksyen ini hanya untuk kau terus lena dalam dakap dia.

Bangun sekarang dan kutip cebis-cebis prisma tadi.

Monday, December 13, 2010

Viktori.


Akhir ini saya sering bunuh dan khianat pada diri. Saya tolak apa yang jelas terang dan saya sedut apa yang tulis jangan.

Liar.

Teruk bila pilihan yang saya punya waktu ini hanya mati melawan atau terus hidup tanpa reputasi. Pagi, hari dan hati saya seperti sia-sia. Babi.

Mungkin ada nanti. Mungkin.

Sunday, December 05, 2010

Disember Cinta.


Tadi lepas dari satu petang yang liar, gadis popcorn menangis lagi. Tangis yang bikin peluk saya jadi lebih erat. Dua tiga hari ini saya dan gadis popcorn memang lebih rapat. Sangat.

Tarik nafas dan buang sebak itu jauh. Terus cinta.

Saturday, November 27, 2010

Seri stimulasi.


Nanti, tujuh dan tiga akan jadi angka kesat dan nostalgia seorang hamba. Jadi padam meja masa makan tengahari yang lama. Padam juga isi pagi liar sekitar taman sukan lasak. Padam semua.

Kecuali cinta.

Hari itu, saya datang tiga dengan gadis popcorn berbalas tiada. Bukan kalah tapi terikat. Lupa?

Friday, November 26, 2010

Ah dan kau terus ke neraka.


Menikmati hujan itu boleh dari sudut yang pelbagai.

Berdiri di puncak awan kota New York atau berbaring di atas hijau padang rumput di Nebraska. Tapi titisan itu dari langit Amerika yang sama. Dari gelap sungai Mississippi yang sama.

Mungkin.

Kau salah bila kau kira hati itu kalis bersalut usia.

Thursday, November 25, 2010

Bicara tuhan.


Lama tidak menulis saya rasa sisi-sisi itu makin luput dari dalam diri. Ah, saya kan pernah kata yang saya sendiri tidak tahu sampai bila bintangjagung ini akan terus berwarna.

Minggu-minggu neraka sudah semua hilang dari mata. Kini saya perlu pandang depan dan terus jalan. Nanti bila ada nyawa yang perlu saya hembus atau yang perlu saya kubur, saya akan berhenti lagi. Nanti.

Cuma angkat tangan dan tunjuk isyarat berhenti.

Friday, November 05, 2010

Berjalan bicara 2.0.


Saya ada tiga soalan.

Siapa yang dulu kata tidak akan timbul masalah bila saya memilih untuk tidak balas pesanan ringkas?

Siapa yang dulu kata tidak akan timbul masalah bila saya memilih untuk tidak balas pesanan ringkas?

Siapa?

Saya ambil kira dan kelaskan yahoo messenger itu dalam kategorinya. Sistem pesanan ringkas yang percuma.

Tuesday, November 02, 2010

Bunuh kegembiraan.



Homo itu bukan satu takdir tapi pilihan.

Semua mahu mengubah dunia tapi takut untuk mati. Macam kau kata. Saya belum bodoh untuk terus percaya. Tiga segi, petak atau bulat.

Matilah.

Monday, November 01, 2010

Kemarau.


Memangnya, saya ini sedang sibuk diperhambakan dunia. Bersahabat dengan tulisan-tulisan masa.

Sunday, October 24, 2010

Neraka petang sabtu.


Dulu, satu dari fantasi terliar yang pernah saya miliki ialah meniduri wanita arab. Hidung mancung, mata bulat, rambut perang ikal mayang dan berbuah dada besar. Membayangkannya, saya tersenyum sendiri.

Atau beri saya satu gadis yang sanggup buat itu dan ini untuk saya, that way I'll start saving money for my marriage.

Tuesday, October 19, 2010

Dua minggu lepas.


Hujan lebat menyimbah dada taman sukan lasak. Dalam dingin, saya menerus bicara. Borak lima asas sebuah dunia. Akar, dahan, daun, buah dan bunga.

Hujan lebat tadi renyai. Berhenti. Sejuk masih ada yang tertinggal. Dua tiga anjing berkongsi gembira di balik batu besar. Kucing putih tompok hitam (vice-versa) berkejar sendiri keliling kereta. Langsung tiada takut.

"Gugur jantung pun biar beralas ceria. Baru nanti tidak ada sumpah sampah kotor. Degil."

Sejuk masih menyinggah. Langsung tiada takut.

Monday, October 18, 2010

12 hari mencari cinta.


Saya kira malam itu liar. Dari ruang penuh manusia ke bilik sempit tanpa cahaya. Rasa yang datang tadi saya tangkap kemas dan lontar ke bawah cinta dunia.

Dan dalam perlahan mula membentuk kepulan awan dosa.

Sunday, October 17, 2010

Hilang punca.


Dua tiga hari ini makan saya berbekal dari rumah. Henti pada mana-mana sudut dan suap apa yang dibawa hati. Telan. Tapi ego masih menolak jadi puji itu tidak langsung keluar. Yang muncul hanya ayat-ayat ketawa.

Hakikatnya, perlu ucap 'terima kasih sayang' banyak-banyak. Maksud saya banyak kali.

Friday, October 15, 2010

Berjalan bicara.


Berjalan dengan bicara yang kerap kali jadi pewarna hati. Dan jam dinding terus berdetik turun. Pemangsa itu tahu jelas yang tali menjerut leher menanti tika pisau tajam memati nadi si mangsa. Jejak dan soal si petani di bawah haba gunung berapi.

"Apa lahar itu tidak akan muntah?"

Aku penat. Jangan sampai aku bosan.

Wednesday, October 13, 2010

PATD : BGTWT?



Dan bersabar, saya sedang membina satu.

Monday, October 11, 2010

Esok sudah ada.


Tadi berjemur bulan di plaza yang tidak hampir dengan gelarannya. Jamah ideologi orang barat sambil ucap dua tiga cerita. Gadis liar menari-nari liar di hujung lirikan saya. Gelak tawa. Kata-kan sudah rela?

Susuk yang habitnya marah-marah dan tinggi suara pada gadis popcorn. Itu saya. Heh. Maaf dan padan muka la.

Sunday, October 10, 2010

Jangan jatuh.


Gadis popcorn masih tidak dapat dihubungi.

Nak tulis yang saya pernah rasa apa yang kamu rasa sekarang? Mana mungkin. Saya hanya harung tujuh tahun bersama sedang kamu sudah nikmat dua perpuluhan tiga dekad. Itu gandaan tiga dari nilai saya.

Lebih.

Saturday, October 09, 2010

Hepi besday, John.


Ok. Awalnya saya mahu sorotkan klip video 'give peace a chance' dari laman youtube. Dua kali saya cuba tapi gagal. Ketiga juga saya gagal. Keempat? Jangan harap.

Marah, saya hamun nama Chapman berkali. Gila.

Revolusi itu memang gila, kan?

Friday, October 08, 2010

Jaga diri.


Selalu, dalam majalah cinta murah yang fokusnya berat kepada jumlah jualan daripada lebaran ilmu, akan ada isi tentang keperluan memperbaharui perhubungan. Relationship kalau bukan melayunya. Untuk rasa itu kekal bertahan dan dunia itu lebih berwarna.

Itu tulisnya.

Baru separuh hari, saya mula rasa bodohnya.

"Aku sayang kau, tahu?"

Thursday, October 07, 2010

Sabatikal 1.0


Bukan merungut.

Tapi saat ini saya betul betul kosong. Ya. Minda yang selalu kerah kuat saraf-saraf rasa otak bergerak melabur cerita seakan tidak berfungsi. Rela atau paksa-cara.

Mati dan muflis.

Sunday, October 03, 2010

Subway's girl.


Dan imej-imej kapitalisme barat dengan mudah menerjah minda sang proletariat, menerosok ruang yang dari pagi tidak terisi.

Saya lapar.

Friday, October 01, 2010

Hai oktober!


Bertarung dengan hati sendiri, tanpa syak, pasti saya kalah. Biar dicuba sembilan puluh sembilan kali pun, saya masih pasti kalah. Kalah yang melawan.

Jadi kali ini saya tidak melawan. Terus jalan dan pandang ke hadapan.

"Biar saat itu memandu kau pergi."

Thursday, September 30, 2010

Permainan selamat.


Apa yang saya perlukan hanya sebuah kotak. Kotak untuk saya simpan perasaan ini. Dan simpan. Dan terus simpan.

Sampai ia penuh. Melimpah ruah. Dan meletup.

Wednesday, September 29, 2010

Mengejar kebahagiaan.


Kadang-kadang, saya hanya biarkan fikiran saya berkeliling di ruang tamu rumah, memikirkan apa yang akan saya tulis seterusnya. Homo adalah satu perkara yang saya tidak pernah tentang. Kemunafikan adalah pasti dalam kehidupan seseorang. Dan bagaimana orang-orang baik dibiarkan hidup dengan kekacauan yang dimulakan oleh yang lain.

Ketika saya menendang satu bantal pergi, saya meringkuk dengan yang lain.

"Ya Tuhan."

Tidak. Saya tidak berani berbicara tentang Tuhan. Kerana saya sendiri bukan seorang mukmin yang baik.

Lame.

Tuesday, September 28, 2010

Jalan mati.


Bukan tiada cerita cuma tiada rasa. Rasa yang buat diari ini tercipta.

Diari kosong seorang cornystar.

Thursday, September 23, 2010

Hati pelangi.


Saya rasa, nanti akan tiba masa, bila saya kekal pada satu warna. Bila yang saya harap akan cepat datang. Bila yang sudah pasti akan ada satu pihak gembira.

Lompat tinggi dan sentuh lembut awan petang.

Manusia itu yang hidupnya tidak pernah lari dari satu sisi trajektori, rasmi hati pelangi.

Wednesday, September 22, 2010

Stimulasi sepi.


Gugel gambar jari tengah dan renung lama lama. Ambil dan simpan perasaan itu. Dalam. Ah. Ini bukan marah. Ini cuma gaya saya bila berbicara tentang penat.

Dan lagi.

Sunday, September 19, 2010

Cepat kelabu.


Temujanji pertama dalam dua minggu berlangsung liar sepanjang malam. Rindu yang sangat katanya. Sama juga. Lagi pula sudah jadi pembaca blog ini.

Mahu seluar baru boleh?

Saturday, September 18, 2010

Saturday, September 04, 2010

Pasca puasa.


Baru.

Itu pasif manusia. Raya sahaja perlu yang statusnya baru bagai. Yang mahu dipertontonkan pada seluruh dunia. Ya. Mereka ada laman sosial untuk dimuat turunkan semua gambar. Lagi ada diari atas talian untuk diceritakan kisah dan teladan.

Hanya kisah. Teladan itu seakan mustahil wujudnya.

Wednesday, September 01, 2010

Spekulatif malaya merdeka.



Menuju hari hari pengakhiran ini, saya bagai jelak dengan perangai sendiri. Dari bangun tidur dan tutup mata lama, semua jari asyik tunding ke arah yang sama. Perlu nanti saya katakan yang ini semua rutin hidup saya sebagai manusia.

Mereka pasti mencelah, itu pilihan bukan paksaan.

Atau perlu saya ganti rasa itu dengan yang lain. Mana boleh! Ini takdir yang jarang saya temukan. Yang punya bait bait bahagia meliliti tubuh. Pendosa.

Saturday, August 28, 2010

Selamat malam, mimpi yang indah dan saya cinta awak.


Kadang kadang saya rasa itu macam satu pekerjaan. Tanpa gaji dan perlu terus terus di lakukan. Ucap.

Saya juga terfikir mahu bertukar hidup kepada seorang pemikir percuma. Pacu laluan hidup ke arah yang tanpa batas. Bebas. Atau jadi saja seorang pemakan sayur. Yang hidupnya sentiasa perlu memilih bila tiba waktu lapar. Terikat.

Thursday, August 26, 2010

Jangan boleh?


Dua tiga hari ini masa malam saya amat terisi dengan peribadi yang tiada dasar faedah. Kecuali Jumaat lepas. Itu pun berpijak atas keperluan; terpaksa dan dipaksa. Yang lain saya isikan dengan ke hulu hilir mengejar kepuasan pentas dunia. Unjuran yang sudah pasti tidak berapa condong ke sudut penganugerahan pahala.

Mereka kata manusia itu kalau masa hidupnya terlalu mengatasi masa lelapnya, maka akan pendek jangkaan usianya.

Jangan boleh? Saya ini, masih belum puas bermain.

Monday, August 23, 2010

Mamalia hati kaca.


Selalu, terang terangan saya persoalkan kenapa perlu sangat tidak berani pada binatang ini, gadis popcorn akan mula bercerita panjang. Dari kisah lagenda rumah makciknya hingga perihal kandang kucing tiga tingkat di rumah saya.

Satu yang pasti, akan ada jawapan ini.

'Ala, tapi I sayang you jugak'.

Langsung tidak berkait tapi cukup untuk buat saya tersenyum. Dasar kaca.

Sunday, August 22, 2010

Kunci hati.


Hari itu patung hijau bertukar tuan. Dan kura kura gergasi langsung mengambil takhta.

Syurga di antara dunia.

Friday, August 20, 2010

Belum puas.


Logik hari itu, mencari sesuatu yang terang bukan milik saya. Biar tujuh kali saya bertegas, ia tidak dalam sedar. Saya tidak perlu satu tiang tirus nampak seberang untuk terjun bunuh diri. Saya hanya mahu tali panjang untuk saya sulam jambatan rasa.

Logik hari itu, saya mahu panjat langit.

Thursday, August 19, 2010

Sangkar buat si merpati.


Bila ada suara yang perlu saya perlahankan, saya akan sedayanya cuba untuk gadis popcorn tidak langsung dengar. Semalam ada nota selamat yang saya yakin akan cipta ruang di antara. Saya lipat kemas dan saya sorok bawah rahang.

Hampir juga jatuh terhempas. Mujur sangat tidak berderai.

Tuesday, August 17, 2010

Alkoholik cinta serangga.


Bila waktu gadis popcorn beritahu, saya yang pertama diperlakukan sebegini dan sebegitu, hati saya bagai terus dilanda musim bunga. Dari ungu lavender ke ros merah, semuanya kembang mekar menikmati cahaya. Rama rama biru melintas mencari madu paling emas.

Terdetik juga pada satu sudut hati paling dasar. Itu mungkin cuma ungkapan manis yang perlu ada untuk orang bercinta. Yang pernah juga saya bicarakan pada gadis sebelumnya. Tapi kiraan majoriti condong untuk mempercaya.

Andai ini dusta sekalipun, biarlah. Kerna saya, mahu sangat menikmati saat ini.

Monday, August 16, 2010

Imajin saya sebuah pelangi tanpa warna.

Justify Full

Belumpun sepuluh minit bergerak dari dapur ke bilik tidur, idea yang tadinya tegas berkelipan di dasar minda, tanpa paksa, terus padam sinarnya. Membiar gejolak rasa mahu menulis kesepian tanpa teman.

Dan bila dua itu lebih baik dari satu, pengakhiran pasti bukan sesuatu yang di luar batas pemikiran. Mudah dijangka.

Halusinasi, siapa siapa?

Sunday, August 15, 2010

Hijau merah jambu.


Anggap saja begini. Kalau memilih pakaian ke majlis tari menari, saya lebih gilakan kasualiti dengan dia bertema santai. Katanya memang perlu lain lain. Baru nanti saling melengkapi.

Sangat sangat tidak mudah.

Friday, August 13, 2010

April.


April itu, saya hanya seekor burung yang terbangnya bebas ke mana. Terbang saya atas hati dan bernafas juga saya sendiri. Tiada tali mengikat. Tiada sangkar membatas.

Bukan provokasi. Saya cuma rindu April itu.

Thursday, August 12, 2010

Trankuiliti bergerak.


Paling saya tidak suka dalam bercinta bila ada ucapan bersulam ugutan. Memang tidak suka saya itu dilatari ego. Ego tebal seorang lelaki. Tapi ego itu kan bukan luar biasa. Luar biasa jika hanya nampak pada satu pihak.

Tapi maaf. Saya kenal internet dulu dari awak.

Wednesday, August 11, 2010

I fucked a devil.


Saya pernah impikan bangun awal pagi pada hujung minggu dengan seorang teman wanita berjersi bolasepak sedang sibuk menyediakan sarapan. Baju pasukan kegemaran saya. Baju saya. Labuh paras peha dan rambut bawa ke sisi leher.

Itu seksi bagi saya.

Tuesday, August 10, 2010

Kinder Bueno tengahari.


Mulai esok dan satu bulan seterusnya tiada lagi peluk peluk cium bila mahu pergi lain arah. Tiada juga sesi berpagi di taman sukan lasak dan gula gula getah berperisa. Bukan bergaduh tapi perlu berjauh.

Haram.

Padahal itu memang haram. Bukan bulan ini hanya.

Gadis popcorn II.


Melihatkan obsesi saya dan adik beradik pada kucing, Ibu ada sindir. 'Nasib la nanti kalau dapat bini yang tak suka kucing'.

Saya hanya senyum.

Dan kelmarin, bila saya hampir hampir tidak bertegur dengan gadis popcorn. Saya terus senyum.

Monday, August 09, 2010

Jumpa lagi enam jam nanti.


Pagi nanti jadual kelas saya dari jam lapan hingga empat petang. Hari yang paling tidak menarik untuk saya semester ini. Pasti memenatkan. Lagi pula ada teater yang masih belum saya hadiri dan tugasan yang belum saya habiskan.

Jadi saya perlu tidur secukupnya. Enam jam minimum untuk seorang dewasa. Selamat malam. Jumpa lagi.

Saturday, August 07, 2010

Andai rokok itu lelaki, pemetik api itu egonya.



Nasib baik saya bukan perokok.

Tidak relevan lagi. Sangat.


Bukan tidak cantik tapi memang saya paling tidak suka bila gadis popcorn tarik muka depan saya.

Friday, August 06, 2010

Saya gelar ini Hyper-hero.


Saya bukan pendengar yang setia. Selalu sesi luahan perasaan saya akan menjurus kepada tidak serius. Gelak tawa. Saya langsung tidak kisah berbahukan air mata. Cuma saya kurang gemar bila soal hidup saya mahu soal hidup orang lain dipersoal.

Bagi saya hidup ini indah hanya jika ...

Ah. Hilang kata-kata lagi. Sangat bukan saya.

Wednesday, August 04, 2010

Bukan zaman saya.


Saya hanya kenal Slash melalui fenomena 'sweet child of mine' dan 'hujan bulan november'. Lebih daripada itu hanya sebuah kumpulan projek sisi bergelar Velvet Revolver. Itupun lebih kepada obsesi saya terhadap Scott Weiland.

Jadi untuk saya berkata 'saya bukan peminat awak', saya rasa saya sangat berhak.

Sunday, August 01, 2010

Hari mencabar orientasi saya.


Semalam saya ke Putrajaya. Hulur tangan bebayar pada sepupu kawan.

Ada pertandingan larian malam keliling bandar. Ramai gadis gadis panas buat basahan mata saya. Yang berkaki runcing. Yang berbahu nipis. Yang bermuka Siti. Semua saya pandang bukan hanya sekali. Dan juga bukan dengan hati.

Saya terus jalan depan dan angkat kotak air.

Thursday, July 29, 2010

Biar saya mati dulu.


Kelmarin, pulang dari Damansara, gadis popcorn berteriak dalam kereta. Meracau racau hingga menitis mutiara. Tangan di sisi kepala. 'Migrain' katanya. Saya hanya diam. Tidak biasa. Saya genggam hujung tangannya. Tenangkan mana terdaya.

Sungguh saya paling lemah lihat hawa menangis. Tambah lagi bila hawa itu cinta saya. Rasa mahu dakap dan doa;

'Tolong tuhan, biar saya mati dulu.'

Monday, July 26, 2010

Nanti bila saya kaya.


Saya sudah selongkar pelusuk bandaraya. Saya juga sudah susur gerai gerai maya. 'Tidak masuk Malaysia' rata rata kata para peniaga.

Saya kenal satu gerai maya di facebook. Beli barang dari atas talian. Dari seberang lautan ditawarkan saya bantuan. Tapi belanjanya kalau dikira semua sudah cecah setengah ribu. Saya fikir dalam dalam. Saya congak congak belanja harian.

Nantilah. Tunggu saya kaya.