Monday, March 21, 2011

Gadis revolusi.


Ada banyak tulisan-tulisan jiwa yang saya garap hanya di dalam kepala. Belum punya lebihan masa untuk saya notakan dengan papan kekunci.

Gadis popcorn masih dalam dunianya. Terus bermimpi dan terus bercerita. Sampai satu saat saya jadi luak lalu saya zahirkan dengan ekpressi timur tengah. Diam.

Kasar, memang. Peduli, apa? Haha.

Sunday, March 20, 2011

Hitam, putih, kelabu.


Akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan kata-kata keramat yang zahirnya tidak pernah wujud untuk saya hujahkan.

Ibaratkan saya sebuah post-android sedang berhempas pulas menerima jiwa dari tuhan. Semua atas satu alasan mahu menjadi seorang human. Dan palang-palang perisai itu satu demi satu saya cairkan dengan kuasa luar biasa.

Dari separuh kilometer malaikat itu lambai tangan dan berteriak.

"Human didn't possessed super power, you idiot!"

In Arabic.

Thursday, March 03, 2011

Tiada tajuk lagi.


Sudah dua, tiga, empat, lima acara seni rakan saya lepaskan sebagai penonton. Duduk bersila bersorak tawa itu saya gantikan hanya dengan membaca ulas-rasa dari yang lain yang hadir, bila selesai bertemu janji.

Kosong.

Cinta itu sememangnya pembunuh rasa.

Kau boleh cuba kalau tak percaya dan jangan kalau tak berdaya.

Wednesday, March 02, 2011

From HK with love.


Ada satu jiwa yang meronta antara saya dan gadis popcorn. Tambah bila berjauhan. Lalu telefon bimbit saya dibanjirkan dengan nukilan dari luah hati. Subteks normal orang sedang bercinta.

Rindulah. Hai cinta. Selamat pagi sayang.

Hujung minggu dan gadis popcorn akan terbang merentas laut. Merai hari-hari jahanam yang sebelumnya menyeksa kepala.

Dia, bukan saya.

Tuesday, March 01, 2011

Gadis tuhan.


Hidup ini perlu ada manis dan pahit. Baru realiti itu tidak terlalu kejam untuk kau dan ajar kau jadi lebih kuat. Supaya nanti kau boleh berhenti teresak dan mengadu nasib pada yang esa.

Tuhan.

Saya jujurnya kekok bila berbicara tentang Itu. Macam ada bahagian pada saya yang unjurannya jatuh ke kiri.

Jahanam.