Friday, October 21, 2011

A forgotten son. A depleted brother.



Memang yang berdiri tegak ini bukan kain putih yang cantik coretannya. Apa lagi berharga nilai contengannya. Belum. Saya memang belum. Tapi saya sedang mengejar puncak itu. Perlahan dan mudah-mudahan sempat.

Kau yang saya kira lebih dulu tacapkan bendera, mana hasilnya? Syurga kita nanti di celah mana?


Thursday, October 20, 2011

Kalau saya ke neraka, dia pasti ke syurga.



Dulu saya pilih ruang ini sebagai medan cerita saya pada gadis popcorn. Bila-bila saya punya rasa tanpa suara. Jadi saya coret kata-kata memujuk, bergaduh, membantah disini. Dan si gadis popcorn akan tersenyum pada janji temu seterusnya.

Bodoh sebenarnya.

Bodoh bila dua tiga bulan medan ini terabai tanpa cerita. Dan rumus-rumus liar menjajah minda pendakwah. Buruk dan songsang.

Bawa saya ke panggung dan beritahu saya bagaimana mahu menikmati filem tanpa bertih jagung?

Wednesday, August 17, 2011

Dive



Bulan ini. Aku sibuk. Sibuk menarik neraka. Jadi aku biar ruang-ruang makian tanpa isi. Kalau ada pun cuma sehela. Buat lepas rindu menghentam. Yang ratanya cuma kosong. Ulang tayang hidup kosong manusia beribnikan durjana.

Nanti-nantilah bila aku punya masa. Nanti aku cerita lagi susah payah hidup dan nikmat neraka. Kau-kau-kau semua tunggu ya!

Tuesday, May 10, 2011

Ruang menunggu.



Empat, lima hari dan matahari masih berdegil. Bertugas bila bukan waktunya.

Konduktif, jadi saya juga menerima tempiasnya. Bila ada intipati sayang yang kosong, mual dan tidak kena pada masa, saya tranformasi diri kepada matahari. Panas dan membakar. Cukup untuk titisan jernih itu gugur menyembah tanah tuhan Adam.

Yang saya minta dari tuhan itu hujan. Bukan air mata.

Sunday, April 24, 2011

Gagalisme.



Kalau dinilai hari-hari saya sebagai seorang lelaki melayu terakhir, saya kira saya gagal. Hati saya punya satu ruang yang sukar untuk saya lupuskan. Ruang yang kerap kali hadiahkan saya kekalahan demi kekalahan.

That night, I'm trading my ego with those tears of yours. And for once, I thought I was on the winning side. But never did I.

Hujan air mata and I lose yet another fight.

Wednesday, April 20, 2011

The unsung heroin.



Saya perlu satu senyum untuk buat saya gembira dan saya yakin tuhan telah beri saya lebih.

Saya bukan malas mahu menulis panjang-panjang. Bukan. Saya sebenarnya sedang hilang kata-kata. Tunggu nanti bila dadah ini sudah hilang habis kesan sampingannya, saya lakar lagi abstrak-abstrak hati pelangi.

Kan kita ini sedang bahagia? Kan?

Friday, April 15, 2011

Orgasmik mini.


Bila nadi-nadi itu menghempas bukaan udara, saya hela nafas yang paling panjang dan hembus. Pagi Isnin, saya dan gadis popcorn masih dalam erat peluk semalam.

Dalam ruang lain ada jiwa yang sudah kosong dan berdarah. Letak salah pada sekeliling dan tolak tepi yang di atas sana. Dia itu yang puncanya. Dia menulis dan itu tertulis.

Let go, kononnya. Still he keep on cursing the holy curse.

Cinta sejati itu mono. Kau tidak perlu kejar kerna ia akan datang. Kau tidak perlu susah kerna ia pasti senang.


Thursday, April 07, 2011

Hari wanita seangkasa.


Penuh dalam daftar draf saya tulisan-tulisan jiwa yang hanya separuh perenggan. Mungkin hanya lima atau enam perkataan dan saya terhenti. Yang gagal saya mula dan habiskan.

Untuk menganjak kepada tulisan seterusnya itu taboo bagi saya.

Dua hari berturut dan menu malam saya dan gadis popcorn penuh dengan kata-kata rajuk serta sesi tarik muka. Buruk bila saya yang terus-terusan jadi punca tapi baiknya bila saya tidak lagi janggal untuk lontar bendera putih.

Saya mula dari sini. Ok, sayang?

Monday, March 21, 2011

Gadis revolusi.


Ada banyak tulisan-tulisan jiwa yang saya garap hanya di dalam kepala. Belum punya lebihan masa untuk saya notakan dengan papan kekunci.

Gadis popcorn masih dalam dunianya. Terus bermimpi dan terus bercerita. Sampai satu saat saya jadi luak lalu saya zahirkan dengan ekpressi timur tengah. Diam.

Kasar, memang. Peduli, apa? Haha.

Sunday, March 20, 2011

Hitam, putih, kelabu.


Akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan kata-kata keramat yang zahirnya tidak pernah wujud untuk saya hujahkan.

Ibaratkan saya sebuah post-android sedang berhempas pulas menerima jiwa dari tuhan. Semua atas satu alasan mahu menjadi seorang human. Dan palang-palang perisai itu satu demi satu saya cairkan dengan kuasa luar biasa.

Dari separuh kilometer malaikat itu lambai tangan dan berteriak.

"Human didn't possessed super power, you idiot!"

In Arabic.

Thursday, March 03, 2011

Tiada tajuk lagi.


Sudah dua, tiga, empat, lima acara seni rakan saya lepaskan sebagai penonton. Duduk bersila bersorak tawa itu saya gantikan hanya dengan membaca ulas-rasa dari yang lain yang hadir, bila selesai bertemu janji.

Kosong.

Cinta itu sememangnya pembunuh rasa.

Kau boleh cuba kalau tak percaya dan jangan kalau tak berdaya.

Wednesday, March 02, 2011

From HK with love.


Ada satu jiwa yang meronta antara saya dan gadis popcorn. Tambah bila berjauhan. Lalu telefon bimbit saya dibanjirkan dengan nukilan dari luah hati. Subteks normal orang sedang bercinta.

Rindulah. Hai cinta. Selamat pagi sayang.

Hujung minggu dan gadis popcorn akan terbang merentas laut. Merai hari-hari jahanam yang sebelumnya menyeksa kepala.

Dia, bukan saya.

Tuesday, March 01, 2011

Gadis tuhan.


Hidup ini perlu ada manis dan pahit. Baru realiti itu tidak terlalu kejam untuk kau dan ajar kau jadi lebih kuat. Supaya nanti kau boleh berhenti teresak dan mengadu nasib pada yang esa.

Tuhan.

Saya jujurnya kekok bila berbicara tentang Itu. Macam ada bahagian pada saya yang unjurannya jatuh ke kiri.

Jahanam.

Monday, February 28, 2011

Sahabat lahanat.


Menafikan hati untuk terus hidup dalam dakapan ceria itu kerja manusia bodoh. Dan lagi bila hari-hari kau habis dengan seleksi kata-kata kesat semasa. Paling bodoh. Yang kau maki, yang kau caci itu bukan orang lain.

Pembasah hati.

Mari. Aku atur acara menghenti nadi kau.

Sunday, February 20, 2011

Melompat jatuh.


Bila lepas satu demi satu bala menghujan, saya angkat tangan tunjuk ke atas. Keji pada diri yang hanya punya tuhan bila celaka menjejak. Waktu lain neraka dan syurga itu dua-dua saya khianati.

Angkuh sepasang manusia.

Memangnya hidup ini punya dua hala tuju. Neraka dan syurga. Dan simpati takkan langsung ubah hakikat itu.

Friday, February 18, 2011

Monday, February 07, 2011

Tolong Ingatkan Aku.


Dulunya saya sering fantasikan gadis-gadis filem barat buat teman halal malam-malam berahi saya. Buat tatapan ibu dan umum atas ruang pelamin nanti.

Long legs, sharp nose, blue eyes and short hair.

Saya hummingkan lagu juara dari Ana biarpun saya tahu saya akan gagal habiskan satu per satu baris liriknya.

But I kept on doing that. More of reminding myself that every words I'm throwing then would be from these emotional part of mine. That I should not bring this mess to its best. That I better stop.

That I fucking love you.

Dan saya tidak akan menjadi salah satu dari semua orang.

Wednesday, January 19, 2011

Sangap.


Menganjak Februari, saya lebih selalu sendiri.

Dari duduk bersimpuh beralas cadar kosong saya sedayanya cuba beralih posisi. Cuba, berjaya dan kini bersandar. Liang roma membuka luas diangkat paras getaran nadi yang luar biasa nadanya. Saya perlahan dan longgarkan sendi tangan.

Mengagak yang imaginasi murah tadi akan turut menghilang. Diam dan pejam.

Berjaya.

Saya buka mata bila imaginasi tadi berganti yang lain. Lain cuma pada susuk si pendukung. Rentak dan suntingan gaya masih sama. Pengakhiran yang terlalu mudah kalau hendak diduga. Bunga, daun, dahan dan akar entah ke mana.

Dasar.

Mata saya pejam kembali. Pejam yang mungkin akan buat saya tewas.

Hilang dan mati.

Jam 6 pagi saya gegas bangun, capai tuala dan terus ke kamar mandi. Sejuk air pagi saya rasa macam menyelam di Kutub Utara. Cukup untuk memati cerita semalam. Dan buka jalan untuk hari yang baru.

Thursday, January 13, 2011

Jatuh bila diangkat tinggi.


Bagi saya, gadis yang punya gambar hang-out dengan teman paling banyak di facebook itu jatuh dalam dua kategori. Sama ada dia sudah selesa dikenali ramai atau dia sedang tergesa mencari teman yang ramai untuk dikenali.

Mungkin.

Ironinya juga ada dua.

Dia sangat sunyi dan para lelaki sedang berkira-kira untuk mengkafirkannya.

Wednesday, January 12, 2011

The comedown.


Hakikat terus hidup dalam gelumang dosa memang sukar untuk saya elak. Hari-hari saya, rasanya penuh dengan catitan di kiri dari di kanan. Itu kalau mengikut kiraan saya. Kalau pada yang menulis, mungkin berganda lebihnya.

Tipulah kalau kata-kata saya ini tidak pernah ada dusta. Saya kan juga manusia biasa.

Thursday, January 06, 2011

Kejutan.

Saya benci menunggu dan kejutan.

Hidup ini kan penuh dengan kejutan. Satu kotak hitam hadiah malaikat maut belum tentu tanpa merah dan biru isi kandungannya. Mana tahu ada tujuh jalur pelangi tersusun kemas di dalam. Cuma perlu berani rungkai tali pengikat dan kertas pembalut tadi.

Tapi kalau merumus yang matahari bakal terbit dari kaki barat, itu memang jelas salahnya.


Yang sebenarnya, saya takut.

Saturday, January 01, 2011

Tuhan.


Saya berdoa supaya tuhan dua ribu sebelas tidak sekejam tuhan-tuhan sebelumnya. Kejam? Mungkin akal saya sudah hilang atau ia sudah berbaki negatif. Pelik tapi memang.

Dua ribu sepuluh, saya yang paling ceria. Belum puas, saya mahu semua itu ada lagi.

Oh ya. Tahun itu sengaja saya salah eja-kan. Maaf.