Thursday, September 30, 2010

Permainan selamat.


Apa yang saya perlukan hanya sebuah kotak. Kotak untuk saya simpan perasaan ini. Dan simpan. Dan terus simpan.

Sampai ia penuh. Melimpah ruah. Dan meletup.

Wednesday, September 29, 2010

Mengejar kebahagiaan.


Kadang-kadang, saya hanya biarkan fikiran saya berkeliling di ruang tamu rumah, memikirkan apa yang akan saya tulis seterusnya. Homo adalah satu perkara yang saya tidak pernah tentang. Kemunafikan adalah pasti dalam kehidupan seseorang. Dan bagaimana orang-orang baik dibiarkan hidup dengan kekacauan yang dimulakan oleh yang lain.

Ketika saya menendang satu bantal pergi, saya meringkuk dengan yang lain.

"Ya Tuhan."

Tidak. Saya tidak berani berbicara tentang Tuhan. Kerana saya sendiri bukan seorang mukmin yang baik.

Lame.

Tuesday, September 28, 2010

Jalan mati.


Bukan tiada cerita cuma tiada rasa. Rasa yang buat diari ini tercipta.

Diari kosong seorang cornystar.

Thursday, September 23, 2010

Hati pelangi.


Saya rasa, nanti akan tiba masa, bila saya kekal pada satu warna. Bila yang saya harap akan cepat datang. Bila yang sudah pasti akan ada satu pihak gembira.

Lompat tinggi dan sentuh lembut awan petang.

Manusia itu yang hidupnya tidak pernah lari dari satu sisi trajektori, rasmi hati pelangi.

Wednesday, September 22, 2010

Stimulasi sepi.


Gugel gambar jari tengah dan renung lama lama. Ambil dan simpan perasaan itu. Dalam. Ah. Ini bukan marah. Ini cuma gaya saya bila berbicara tentang penat.

Dan lagi.

Sunday, September 19, 2010

Cepat kelabu.


Temujanji pertama dalam dua minggu berlangsung liar sepanjang malam. Rindu yang sangat katanya. Sama juga. Lagi pula sudah jadi pembaca blog ini.

Mahu seluar baru boleh?

Saturday, September 18, 2010

Saturday, September 04, 2010

Pasca puasa.


Baru.

Itu pasif manusia. Raya sahaja perlu yang statusnya baru bagai. Yang mahu dipertontonkan pada seluruh dunia. Ya. Mereka ada laman sosial untuk dimuat turunkan semua gambar. Lagi ada diari atas talian untuk diceritakan kisah dan teladan.

Hanya kisah. Teladan itu seakan mustahil wujudnya.

Wednesday, September 01, 2010

Spekulatif malaya merdeka.



Menuju hari hari pengakhiran ini, saya bagai jelak dengan perangai sendiri. Dari bangun tidur dan tutup mata lama, semua jari asyik tunding ke arah yang sama. Perlu nanti saya katakan yang ini semua rutin hidup saya sebagai manusia.

Mereka pasti mencelah, itu pilihan bukan paksaan.

Atau perlu saya ganti rasa itu dengan yang lain. Mana boleh! Ini takdir yang jarang saya temukan. Yang punya bait bait bahagia meliliti tubuh. Pendosa.