Kadang-kadang, saya hanya biarkan fikiran saya berkeliling di ruang tamu rumah, memikirkan apa yang akan saya tulis seterusnya. Homo adalah satu perkara yang saya tidak pernah tentang. Kemunafikan adalah pasti dalam kehidupan seseorang. Dan bagaimana orang-orang baik dibiarkan hidup dengan kekacauan yang dimulakan oleh yang lain.
Ketika saya menendang satu bantal pergi, saya meringkuk dengan yang lain.
"Ya Tuhan."
Tidak. Saya tidak berani berbicara tentang Tuhan. Kerana saya sendiri bukan seorang mukmin yang baik.
Saya rasa, nanti akan tiba masa, bila saya kekal pada satu warna. Bila yang saya harap akan cepat datang. Bila yang sudah pasti akan ada satu pihak gembira.
Lompat tinggi dan sentuh lembut awan petang.
Manusia itu yang hidupnya tidak pernah lari dari satu sisi trajektori, rasmi hati pelangi.
Gugel gambar jari tengah dan renung lama lama. Ambil dan simpan perasaan itu. Dalam. Ah. Ini bukan marah. Ini cuma gaya saya bila berbicara tentang penat.
Itu pasif manusia. Raya sahaja perlu yang statusnya baru bagai. Yang mahu dipertontonkan pada seluruh dunia. Ya. Mereka ada laman sosial untuk dimuat turunkan semua gambar. Lagi ada diari atas talian untuk diceritakan kisah dan teladan.
Hanya kisah. Teladan itu seakan mustahil wujudnya.
Menuju hari hari pengakhiran ini, saya bagai jelak dengan perangai sendiri. Dari bangun tidur dan tutup mata lama, semua jari asyik tunding ke arah yang sama. Perlu nanti saya katakan yang ini semua rutin hidup saya sebagai manusia.
Mereka pasti mencelah, itu pilihan bukan paksaan.
Atau perlu saya ganti rasa itu dengan yang lain. Mana boleh! Ini takdir yang jarang saya temukan. Yang punya bait bait bahagia meliliti tubuh. Pendosa.
Tiada kanvas putih, pena mata bulat atau not not ringgit Malaysia. Hanya manusia biasa yang lurus menghentam papan kekunci sebuah komputer riba jenis lama.
Ini tentang saya, gadis popcorn dan dunia.
Gambar paparan selalunya dari carian google atau koleksi peribadi.