Sunday, August 01, 2010

Hari mencabar orientasi saya.


Semalam saya ke Putrajaya. Hulur tangan bebayar pada sepupu kawan.

Ada pertandingan larian malam keliling bandar. Ramai gadis gadis panas buat basahan mata saya. Yang berkaki runcing. Yang berbahu nipis. Yang bermuka Siti. Semua saya pandang bukan hanya sekali. Dan juga bukan dengan hati.

Saya terus jalan depan dan angkat kotak air.

Thursday, July 29, 2010

Biar saya mati dulu.


Kelmarin, pulang dari Damansara, gadis popcorn berteriak dalam kereta. Meracau racau hingga menitis mutiara. Tangan di sisi kepala. 'Migrain' katanya. Saya hanya diam. Tidak biasa. Saya genggam hujung tangannya. Tenangkan mana terdaya.

Sungguh saya paling lemah lihat hawa menangis. Tambah lagi bila hawa itu cinta saya. Rasa mahu dakap dan doa;

'Tolong tuhan, biar saya mati dulu.'

Monday, July 26, 2010

Nanti bila saya kaya.


Saya sudah selongkar pelusuk bandaraya. Saya juga sudah susur gerai gerai maya. 'Tidak masuk Malaysia' rata rata kata para peniaga.

Saya kenal satu gerai maya di facebook. Beli barang dari atas talian. Dari seberang lautan ditawarkan saya bantuan. Tapi belanjanya kalau dikira semua sudah cecah setengah ribu. Saya fikir dalam dalam. Saya congak congak belanja harian.

Nantilah. Tunggu saya kaya.