Thursday, April 07, 2011

Hari wanita seangkasa.


Penuh dalam daftar draf saya tulisan-tulisan jiwa yang hanya separuh perenggan. Mungkin hanya lima atau enam perkataan dan saya terhenti. Yang gagal saya mula dan habiskan.

Untuk menganjak kepada tulisan seterusnya itu taboo bagi saya.

Dua hari berturut dan menu malam saya dan gadis popcorn penuh dengan kata-kata rajuk serta sesi tarik muka. Buruk bila saya yang terus-terusan jadi punca tapi baiknya bila saya tidak lagi janggal untuk lontar bendera putih.

Saya mula dari sini. Ok, sayang?

Monday, March 21, 2011

Gadis revolusi.


Ada banyak tulisan-tulisan jiwa yang saya garap hanya di dalam kepala. Belum punya lebihan masa untuk saya notakan dengan papan kekunci.

Gadis popcorn masih dalam dunianya. Terus bermimpi dan terus bercerita. Sampai satu saat saya jadi luak lalu saya zahirkan dengan ekpressi timur tengah. Diam.

Kasar, memang. Peduli, apa? Haha.

Sunday, March 20, 2011

Hitam, putih, kelabu.


Akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan kata-kata keramat yang zahirnya tidak pernah wujud untuk saya hujahkan.

Ibaratkan saya sebuah post-android sedang berhempas pulas menerima jiwa dari tuhan. Semua atas satu alasan mahu menjadi seorang human. Dan palang-palang perisai itu satu demi satu saya cairkan dengan kuasa luar biasa.

Dari separuh kilometer malaikat itu lambai tangan dan berteriak.

"Human didn't possessed super power, you idiot!"

In Arabic.