Thursday, October 20, 2011

Kalau saya ke neraka, dia pasti ke syurga.



Dulu saya pilih ruang ini sebagai medan cerita saya pada gadis popcorn. Bila-bila saya punya rasa tanpa suara. Jadi saya coret kata-kata memujuk, bergaduh, membantah disini. Dan si gadis popcorn akan tersenyum pada janji temu seterusnya.

Bodoh sebenarnya.

Bodoh bila dua tiga bulan medan ini terabai tanpa cerita. Dan rumus-rumus liar menjajah minda pendakwah. Buruk dan songsang.

Bawa saya ke panggung dan beritahu saya bagaimana mahu menikmati filem tanpa bertih jagung?

Wednesday, August 17, 2011

Dive



Bulan ini. Aku sibuk. Sibuk menarik neraka. Jadi aku biar ruang-ruang makian tanpa isi. Kalau ada pun cuma sehela. Buat lepas rindu menghentam. Yang ratanya cuma kosong. Ulang tayang hidup kosong manusia beribnikan durjana.

Nanti-nantilah bila aku punya masa. Nanti aku cerita lagi susah payah hidup dan nikmat neraka. Kau-kau-kau semua tunggu ya!

Tuesday, May 10, 2011

Ruang menunggu.



Empat, lima hari dan matahari masih berdegil. Bertugas bila bukan waktunya.

Konduktif, jadi saya juga menerima tempiasnya. Bila ada intipati sayang yang kosong, mual dan tidak kena pada masa, saya tranformasi diri kepada matahari. Panas dan membakar. Cukup untuk titisan jernih itu gugur menyembah tanah tuhan Adam.

Yang saya minta dari tuhan itu hujan. Bukan air mata.