Wednesday, September 05, 2012

TRINITI.





Dan hidup kita terbahagi kepada tiga jalan. Biar dari mana usul dan dari tanah mana kita datang, yang akhirnya kita akan kembali menghadap tiga simpang keputusan. Baik, buruk atau di tengah-tengah.

Resmi yang selalunya kita akan buat tidak endah pada yang buruk, terus agung pada yang baik sambil sesekali melempar senyum (tarik muka) pada yang di tengah-tengah. Jadi masing-masing pasang niat untuk berhijrah. Daripada yang buruk kepada yang di tengah-tengah atau mungkin lompat terus kepada yang baik. Vice-versa.

Sekarang, esok lusa atau bila-bila.

Hujan lebat hampir memati langkah saya untuk hari ini. Hujan, jadi saya perlu berselimut jaket tebal kalis air yang saya beli di butik berjenama dari rumah ke tempat kerja. Menipiskan nyawa serta ego saya yang sudah sedia setinggan.

Come on, tuhan.


Saturday, August 25, 2012

Kata saya, penyelamat dunia.



Saya pernah simpan hasrat untuk terus pikat tuan angkasa. Sembah sujud pada nafas yang setiap perbuatan itu akan menghalalkan cara. Mengangkat jatuh yang teragung menjadi yang mulia.

Sekejap dan kembali saya pada tuhan tanah. Mengejar rasa dan nikmat manusia simpanan. Melacur diri dalam hayunan keindahan sementara. Menjadi homo seperti mereka-mereka yang sebelumnya.

Sebenarnya yang mengajar kau erti kehidupan itu bukan pengalaman tapi pengajaran. Rasa kesal yang akan kau ingat sampai mati. Rasa sesal yang akan buat kau mengeluh bila tiap kali kau mahu bangun menghadap siang.

Bukan cerita manis yang lima minit nanti berganti muka surat baru.

"Move on." kata mereka.

Angkat kaki dan tinggalkan apa yang kau sedang milik sekarang. Pada neraka mana yang sedang kau pijak. Dan buka ruang untuk bahagia yang baru.

Bahasa kompleks untuk bunuh diri.


Friday, July 27, 2012

Hitam, Putih, Kelabu.



Peluk bantal dari jam dua angka dan sekarang mata saya macam mahu meletup. Bencinya bila hidup begini. Kaku pada tengah malam, seorang, tanpa nafas lain untuk berkongsi isi hari. Kalut kesah dan celaka tadi semua terperuk dalam benak hati.

Yang di hadapan saya cuma papan kekunci buruk tanpa hubungan luar. Menunggu untuk di hentam jari halus pemilik neraka ini. Taip, padam, taip, padam. Padam. Neraka.

Lewat hari ini semakin cerita masa hadapan itu membunuh saya. Secara diam. Dan berselindung.

Positif jadi saya sedayanya cuba membayang yang sebalik. Yang indah, yang cantik dan yang sempurna.

Hingga malaikat putih lempar satu nota putih dengan kata semangat yang tidak akan mungkin buat saya jatuh.

"Idiot."

In arabic, still.