Friday, October 04, 2013

Penjarah.



Dua tiga bulan ini asyik saya dibuai hidup pasca revolusi. Pasca perang.

Sedari hari, kata putus asa dan berkat dari tuan tanah dan tuhan angkasa saling berbalah mengisi batang tubuh dalam putaran dua puluh empat jam. Penat dan ada kala mahu saja nafas ini terhenti.

I wish upon a million gaze that this tiring will be forever ended. So that I can walk out through this, head up and hand in hand. I am a believer. But for even a believer will lose their grip and leave their faith, I shall not. 

And I am a man of my word. And damn you God, please.


Monday, May 06, 2013

Amen.



Semalam siap sudah membungkus segala memori terakhir di flat usang dua belas tingkat ini. Flat kotor yang kukuh menampung bangsa marhaen macam aku dalam pesat kota raya Kuala Lumpur. Yang tidak pernah gagal menjadi pendinding dan pemberi selesa pada isinya.


Di sini punya banyak cerita. Banyak coretan suka dan duka. Jatuh bangun dan turun naik aku.


Mana boleh aku lupa rasa terperangkap dalam bilik empat segi dengan pilihan yang aku sudah sedia tahu akhirnya. Jalan mati. Samada berdosa dan berdosa. Yang membezakan cuma seberat mana nanti habuan itu bila ditimbang sang malaikat si penjaga dacing. Neraka atau syurga tujunya.

Menangis pada tengah malam berharap yang Dia itu akan mengirim nota buat petunjuk jalan keluar. 

Faith? Jangan cakap. Keramat yang terus datang dan pergi. Bersilih ganti dengan anyaman rungkaian jendela dan tangan yang sedia ada untuk menghulur peluk. Buat pelepas deras sungai air mata. Buat penghilang segala beban walau seketika.

Kata bijaksana, lepas hujan nanti pasti ada pelangi. Memang. Cuma untuk aku, Dia lampirkan sebuah pelangi yang tunggal warnanya. Namun tetap indah.

Tanpa sedar aku menangis lagi. Menangisi akan hubung hidup yang sebentar nanti akan terhenti catatannya.


Wednesday, April 17, 2013

Sebelum Gerhana.



Saya kini sedang membilang waktu untuk hari penyatuan. Untuk menghapus dosa-dosa liar yang selama ini mengisi diari muda sejenis homo-sapien. Dosa atas imajinasi-imajinasi kotor yang dipraktikkan sebelum tiba waktu halalnya. Memperbaik catatan kiri dan kanan untuk setiap gerak tari di antara syurga dan neraka dunia.

Jadi ini waktunya.

Waktu naskah  ini dimuat naik ke ruang maya saya sedang bertarung hati membedil keringat-keringat yang tertinggal buat paparan hari istimewa itu nanti. Ke hulu ke hilir mengharap bulan terbit pada panas terik tengahari. Mustahil yang sebenar-benarnya. Yang saya pasti tidak akan saya bersua pada kebarangkaliannya. Cuma atas kata yang di atas sana, saya pertaruhkan usaha, mana tahu nanti dibuka jalannya.

Untuk semua, moga diberkati tuan tanah dan tuhan angkasa. Moga semua sengsara akan berakhir hendaknya.

Amen.